4 Rahsia untuk membentuk tudung supaya cantik ❤

POSTED ON: Saturday, 17 December 2011 @ 16:30 | 9 comments

salam semua :)

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan mcm mana la cara yang mudah untuk nak bagi tudung jadi cantik dan terletak elok bila di pakai.
Mesti timbul rasa tak puas hati kan bila kita pkai tudung tapi tak jadi macam yg kita nak..
sikit-sikit nak adjust tudung..tangan tak pernah duduk diam..
Bila kita tgk orang lain pakai tudung elok ja..tak adjust-adjust pn.

So,Farah nak bagi tips untuk siapa yang tak tahu lg mcm mana nak bentuk tudung supaya jadi cantik dan terletak bila dipakai.
Ada 4 cara :) Semua cara ni Farah dah pernah cuba.

1)Lilin
Cara nya mudah sahaja gosok kat tempat yang kita nak bentukan..Setelah itu,gosok dengan seterika pada bahagian yang disapu denagn lilin td..Ingat !,jangan sapu terlalu banyak atau tebal kerana ia akan menampakan tempekan lilin yang lebih terang daripada warna asal tudung.Bukan itu sahaja,tudung anda akn mjadi lebih kerasvdan lilin sukar untuk ditanggalkan jika dibasuh.

2)Anak tudung Syria
Anak tudung Syria ada dua jenis .yang tak ada awning dan yang ada awning.
Ada cara macm mana nak bagi anak tudung syria yg tak berawning agar menjadi muncung dan tidak meletak pada dahi kita :)
Gunting atau tetas jahitan pad hujung ank syria iaitu pd belakang leher kira-kira satu pertiga daripada panjang anak tudung tersebut.Jadi,hasil nya ia akan menjadi longgar sedikit dan seterusnya dapatlah anda membentuk hujung anak tudung dikepala anda.


3)Anak tudung tutup leher atau inner neck
Sekarang ini,ramai orang guna inner neck :)..Inner sesuai untuk siapa yang pakai shawls.Belilah fabrik kapassebab dapt meyerap peluh dan kita tidak akn berasa panas. :)

4)Fabric Starch
Caranya sembur pada bahagian tudung atau shawls yang ingin dibentuk dan gosok dengan seterika seperti biasa.Penggunaan seperti ini tidak kotor kan tudung dan akan hilang apabila dibasuh :)

Ada sesiapa yang nak kongsi dan memberi komen ??di alu-alukan :)

Labels:


♥ back up ♥ / Newer →
farahdeena fisal....